1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah
mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan
kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima
solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya
(meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia
adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali
atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan
oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual
beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w.
bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang
seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w.
menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan
untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat
tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung
suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan
tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika
terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak
melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam
laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat
juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika
diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada
suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari
Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat
ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai,
“Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita
mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat
baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan
cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa
terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau
kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak
bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu
adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat
Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah
s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi
kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan
melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu
mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya:
Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10
tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya:
Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu
mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan
lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata
kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini
engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan
berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah
suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia
akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai
lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan
berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu.
Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah
ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar
melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja
pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar