artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh La Di Da di Forum Tentang Cinta.
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan
seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa
dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang
teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan
seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang
bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari
hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari
hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam
hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu
kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu
kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu
dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana
walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan
Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk
lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha
menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan
untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir
dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh
ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu,
kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah
penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan
kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana
hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’
adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu
yang berlumuran dosa ini.
**yg baik jadikan sempadan**
Tidak ada komentar:
Posting Komentar